Love Quran

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥) كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ (٦) أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ (٧) إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ (٨) أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِى يَنۡهَىٰ (٩) عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ (١٠) أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ (١١) أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ (١٢) أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ (١٣) أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ (١٤) كَلَّا لَٮِٕن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ (١٥) نَاصِيَةٍ۬ كَـٰذِبَةٍ خَاطِئَةٍ۬ (١٦) فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُ ۥ (١٧) سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ (١٨) كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡ وَٱقۡتَرِب ۩ (١٩)

Sunday, 17 February 2013

Keperibadian Akhlak Nabi Muhammad SAW


Keperibadian Akhlak Nabi Muhammad SAW

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Sesiapa yang membaca dan meneliti sejarah kehidupan nama-nama besar dan para pemimpin yang meraih kemenangan setelah mengalami kekalahan, kita akan dapati pada diri mereka semua itu tidak terlepas dari satu sifat yang tidak dimiliki oleh para Nabi iaitu sifatmembalasan dendam.
.
Di permulaan kenabian, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah diusir dari Makkah dan ditahan semua harta benda dan dianiya oleh penduduk Makkah dengan penganiyaan yang sangat pedih, akan tetapi setelah Baginda meraih kemenangan, jiwanya yang agung dan akhlaknya yang mulia tidak membenarkan para sahabat membalas dendam, bahkan Baginda memaafkan setiap orang yang telah menzaliminya dan memaafkan mereka, walaupun Baginda mampu untuk membalas dendam kepada mereka dengan balasan yang pedih.
Baginda bersabda kepada mereka: “Pergilah kamu! Kerana kamu  tidak .. .”
.
Islam telah mendidik Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan para pengikutnya dengan akhlak mulia yang bebas dari segala sifat aniya dan ego. Baginda suka mempermudah urusan orang lain dan tidak menyukai sikap keras terhadap orang lain dan menyukarkan urusan mereka.
.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada para pengikutnya: “Gembirakanlah mereka dan jangan bersikap kasar terhadap mereka, mudahkanlah dan jangan menyusahkan mereka.”
Baginda juga bersabda: “Sesungguhnya kamu di utus untuk mempermudah mereka, dan kamu  tidak di utus untuk menyukarkan mereka.”
.
Firman Allah SWT:
7:199
“Terimalah apa yang mudah Engkau lakukan, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf (baik) serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).”  (Surah Al-A’raaf: Ayat 199)
.
Adalah Rasulullah SAW merupakan seorang yang banyak merendahkan diri dan berdoa ke hadhrat Allah SWT agar menganugerahkan baginda dengan kebaikan adab dan kemuliaan akhlak dan budi pekerti.
.
33:21
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi kamu iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia juga banyak menyebut dan memperingati Allah (dalam masa susah dan senang).”  (Surah al-Ahzab: Ayat 21)
.
Maka Allah SWT menganugerahkan Baginda Al–Qur’anul Karim yang mengandungi pengajaran mengenai adab dan kesopanan. “Aisyah r.a. pernah menyamakan akhlak Rasulullah SAW dengan Al-Qur’an.” (Riwayat Muslim – Saad Hisham)
.
Firman Allah SWT:-
68:4
“Dan sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang tinggi (mulia).”  (Surah Al-Qalam : 4)
.
.
Di antara sikap dan sifat Rasulullah SAW adalah:-
  • Paling penyabar
  • Tidak sombong
  • Tawaduk dan Tenang
  • Tidak terganggu dengan urusan dunia
  • Paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
  • Sangat pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
  • Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait (keluarga) dan sahabatnya.
  • Suka menunaikan pelawaan/undangan hamba sahaya dan orang merdeka
  • Tangan Baginda tidak pernah menyetuh wanita yang bukan hambanya atau muhrimnya.
  • Baginda adalah manusia yang pemurah, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya.
  • Makanannya hanyalah tamar dan syair, selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
  • Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
  • Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
  • Tidak pernah meminta pertolongan orang-orang musrik
  • Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab
  • Baginda akan membalas hadiah yang diterima.
  • Baginda tidak memakan harta sedekah.
  • Makan tanpa bersandar dan tanpa meja
  • Baginda akan berhenti makan sebelum kenyang
  • Paling beradab ketika makan dan menghadap hidangan
  • Suka berpuasa, mengikat batu pada perutnya apabila lapar
  • Saputangannya adalah kedua telapak kakinya.
  • Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
  • Menyukai kebersihan dan bau-bauan
  • Menyukai jubah bulu/syamlah
  • Berkenderaan kaldai dan unta
  • Mengunjungi orang susah dan sakit
  • Memuliakan orang-orang berakhlak
  • Pembela golongan lemah dan wanita
  • Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
  • Suka menasihati dan member tunjuk ajar
  • Berbuat baik dengan golongan bangsawan
  • Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
  • Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
  • Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
  • Tidak memukul kecuali bertujuan di atas jalan Allah SWT
  • Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
  • Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
  • Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk dan menganiaya
  • Menghindari memfitnah, mengumpat, hasad dengki dan tamak haloba.
  • Baginda ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Qur’an/Lughah Arab
  • Paling kuat ibadatnya, paling berilmu/arif, paling banyak taubat dan syukurnya dll.
  • Berkinayah/berdiam diri dengan nampak tanda tidak menggemari perkara yang tidak disukainya (makruh contohnya)
  • Dan banyak lagi..

 Akhlak Terpuji Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam

.
Di antara keistimewaan yang di miliki Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah konsisten akhlaknya yang terpuji kepada keluarga yang dekat dan  jauh, kepada teman dan musuh serta keadilan yang diberikan..
Firman Allah SWT 
16:90
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta permusuhan (kezaliman). Dia memberi pengajaran kepadamu supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.” (Surah An-Nahl :90)
.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:- “Aku mewasiatkan engkau supaya bertaqwa kepada Allah, bercakap benar, menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan perbuatan khianat, menjaga jiran tetangga, mengasihani anak yatim, lemah lembut perkataan, memberi salam, bagu amal perbuatan, pendek angan-angan, harus kuat keimanan, memahami Al-Qur’an, mencintai akhirat, merasa gusar mengenai hisab amalan dan merendahkan diri. Dan aku melarang engkau, memaki hakim atau mendustakan orang yang benar atau mentaati orang yang berdosa atau mendurhakai imam yang adil atau merosakkan muka bumi. Dan aku mewasiatkan engkau agar bertaqwa kepada Allah pada setiap batu, kayu dan tanah. Dan engkau datangkan taubat bagi setiap dosa. Taubat rahsia dengan rahsia dan yang terang dengan terang.”
.
Baginda menyambut seseorang dengan sambutan yang baik yang tidak lepas dari senyuman di wajahnya, berkata dengan baik, membalas kejahatan dengan kebaikan, mengelakkan perkara-perkara yang tidak perlu.
Baginda mengajar umatnya bahawa sebaik-baik orang adalah mereka yang paling bagus akhlaknya, Baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu  adalah yang paling baik akhlaknya.”
.
Bahkan Baginda mengajarkan pengikutnya bahawa yang paling dekat tempatnya dengan Baginda nanti pada hari kiamat adalah yang paling baik akhlaknya. Baginda bersabda:“Sesungguhnya orang yang paling daku sukai di antara kamu dan yang paling dekat tempatnya dengan daku nanti di hari kiamat adalah yang paling bagus akhlaknya.”
.
Akhlak Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  yang terpuji tidak hanya untuk para pengikutnya saja, bahkan Baginda juga melakukan hal yang sama terhadap musuh-musuhnya, ketika Baginda di minta untuk mendoakan orang-orang musyrik, Baginda bersabda: “Sesungguhnya daku tidak di utuskan sebagai pelaknat, tapi daku di utus sebagai pembawa rahmat (kasih sayang).”.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Monday, 23 April 2012

13 Wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali


13 Wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYqcwwB_OOCdux9RHUGuL8l0EZslqGJn66fXLCTKj2DJumZFeJS5xXnFlK4uxcqJZNl_7cBn1CfBIDoB-ItVk3pSS5Oj7n32gWdwHUU09uCoF3V4DAnUIZf1TtagyiQ8MBY58P6tIvnIU/s1600/Muhammad.jpg

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib. Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan. Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas: Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

  1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).
  2. Wahai Ali, janganlah engkau memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
  3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".
  4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.
  5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.
  6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
  7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
  8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.
  9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.
  10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
  11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.
  12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
  13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
  14. Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.

    Mustajab As' Syakur

Sunday, 8 April 2012

Kesabaran Rasulullah saw

Kesabaran Rasulullah


Kesabaran Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam.Tidak ada seorang pun yang mengalami berbagai musibah, kesulitan, penderitaan, dan krisis seperti yang dialami oleh Rasulullah shallallahu a'alaihi wa sallam.Beliau adalah termasuk orang yang sabar dan penuh perhitungan.

Allah Subhanahu Wa ta'ala berfirman : "Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaran itu melainkan dengan pertolongan Allah....(QS. an-Nahl [16] : 127).

Kesabaran Rasulullah tatkala menjadi yatim, dalam kefakiran, kemiskinan, kelaparan, kebutuhan, kelelahan, kedengkian, dan penindasan musuh yang datang sesekali.Beliau bersabar sewaktu diusir dari bangsanya, diusir dari rumahnya, dan jauh dari keluarga.Kesabaran beliau atas pembunuhan kerabatnya, penangkapan para sahabat-sahabatnya, pengusiran para pengikutnya, pengusiran para pengikutnya,permusuhan dari musuhnya, persatuan musuh dan orang-orang yang memeranginya, kebencian orang-orang yang mempunyai kepentingan, kesombongan para penindas, kekasaran orang Badui, makar orang Yahudi, kesombongan orang Nasrani, keburukan orang munafik, dan kemadharatan dari orang-orang yang memusuhi.

kesabaran rasulullah shallalllahu , kesabaran,teladan orang-orang yang bersyukur

Kesabaran Rasulullah atas perangai buruk tetangga dekat dan sikap permusuhan tetangga yang jauh, paksaan orang yang batil, dan kezhaliman para pembohong.Beliau bersabar atas dunia dengan segala perhiasannya dan keindahannya serta emas dan peraknya, tidak tertarik sedikitpun dengan dunia.

Kesabaran Rasulullah atas tantangan para penguasa, ancaman para penguasa, ancaman para pejabat, dan syahwat para pemimpin.Beliau berpaling dari semua itu untuk mencapai keridhaan Allah Ta'ala.
Rasulullah shalalllahu 'alaihi wa sallam adalah orang yang sabar, penuh perhitungan dalam setiap tindakan dari berbagai tindakan dalam kehidupannya, maka sabar adalah baju, tameng, sahabat, dan sekutunya.

Setiap kali perkataan musuhnya menggelisahkannya, beliau berdzikir :"maka bersabarlah kamu atas apa yang mereka katakan..." ( QS. Thaahaa [20] : 130 ).

Setiap kali keadaan dan masalah yang sangat menyusahkan menimpanya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam selalu berdzikir : "Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaran)." (QS. Yusuf [12]:18 ).

Setiap kali ancaman musuh datang dan membuat tidurnya tidak nyenyak, beliau berdzikir :"Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dan rasul-rasul..." (QS. al-Ahqaf [46]:35 ).

Kesabaran Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam adalah kesabaran yang yakin akan pertolongan Allah Subhanahu Wa Ta'ala,yang tenang atas janji Allah, yang teguh pada Rabbnya, dan yang mengharapkan pahala dari Rabbnya yang Maha Agung.Kesabaran Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam adalah kesabaran yang yakin bahwasannya Allah Ta'ala betul-betul akan menolongnya, bahwasannya kebaikan adalah untuknya, bahwasannya Allah Ta'ala selalu bersamanya dan sungguh Allah-lah yang telah mencukupinya..

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam sabar atas perkataan yang jelek, sehingga perkataan itu tidak menggoyahkannya.Beliau bersabar atas kata-kata yang menyakitkan, sehingga kata-kata tersebut tidak menggelisahkannya.Beliau juga bersabar atas sikap yang disengaja untu menyakitinya maka beliau tidak merasa sakit.

Ketika pamannya beliau meninggal, Rasulullah bersabar, ketika istri beliau meninggal, beliau bersabar, ketika Hamzah terbunuh, beliaupun bersabar.Orang-orang menyebutnya sebagai orang gila, seorang penyair, dukun, tukang sihir, pendusta, dan orang yang lemah beliau tetap dalam kesabarannya.Orang-orang mengusirnya, menyakitinya, mencercanya, mencaci-makinya, memusuhinya, memenjarakannya beliau pun tetap dalam kesabarannya.

Apakah kesabaran tersebut bisa dipelajari selain dari beliau ? Apakah ada orang lain yang patut diikuti selain dari beliau?Rasulullah shallallahu 'alahi wa sallam adalah contoh serta suri tauladan kita dalam kelapangan dada, keagungan kesabaran, kebesaran keindahan akhlak dan juga keteguhan hati.Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam imam orang-orang yang sabar dan teladan orang-orang yang bersyukur.

Demikian tadi saudaraku mengenai kesabaran Rasulullah.Semoga Berguna dan bermanfaat saudaraku...

Friday, 30 March 2012

BUDI PEKERTI RASULULLAH saw



“Rasulullah saw.bukanlah orang yang keji,beliau tidak membiarkan kekejian,tiada mengeluarkan suara keras di pasar-pasar dan tidak membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan. Beliau suka memaafkan dan berjabat tangan.”(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Muahammad bin Ja’far, dari Syu’bah, dari Abi Ishaq, dari Abi `Abdullah al Jadali, yang bersumber dari `Aisyah r.a.)
“Rasulullah saw. tidak pernah memukul sesuatu dengan tangannya, kecuali tatkala beliau berjihad fi sabilillah. Beliau pun tidak pernah memukul pembantu dan wanita.”
(Diriwayatkan oleh Harun bin Ishaq al Handzani, dari `Ubadah, dari Hisyam bin `Urwah, dari bapaknya, yang bersumber dari `Aisyah r.a.)
“Aku mendengar Jabir bin `Abdullah r.a. berkata: `Tak pernah kudengar
Rasulullah saw. dimintai sesuatu, kemudian beliau berkata “tidak”.’
(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari `Abdurrahman bin Mahdi, dari Sufyan,yang bersumber dari Muhammad bin al Munkadir r.a.)
“Nabi saw. tidak menyimpan sesuatu untuk hari esok.”(Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari Ja’far bin Sulaiman, dari Tsabit, yang
bersumber dari Anas bin Malik r.a.)
“Sesungguhnya Nabi saw menerima hadiah dan membalas hadiah.”
(Diriwayatkan oleh `Ali bin Khasyram dan lainnya, dari `Isa bin Yunus, dari Hisyam bin `Urwah, dari bapaknya, yang bersumber dari `Aisyah r.a.)
TAWADLU RASULULLAH SAW
    “Rasulullah saw. bersabda :”Janganlah kalian berlebihan memuji daku
    sebagaimana kaum Nasrani yang berlebihan memuji anak Maryam. Aku
    hanyalah seorang hamba, oleh sebab itu katakanlah (panggillah) `Abdullah(hamba Allah) dan Rasul-Nya.”(Diriwayatkan oleh Ahmad bin Mani’, diriwayatkan pula oleh Sa’id bin `Abdurrahman al Makhzumi dan sebagainya, mereka menerima dari Sufyan bin `Uyainah, dari Zuhri, dari
    `Ubaidilah,dari Ibnu Abbas r.a., yang bersumber dari `Umar bin Khattab r.a.)
    “Rasulullah saw. bersabda :”Sekalipun kepadaku hanya dihadiahkan betis
    binatang, tentu akan kuterima. Dan sekiranya aku diundang makan betis
    binatang, tentu akan kukabulkan undangannya. “
    (Diriwayatkan oleh Muhammad bin `Abdullahbin Bazi’, dari Basyar bin al Mufadlal, dari Sa’id dari Qatadah, yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)
    `Aisyah r.a. ditanya:”Apakah yang dikerjakan Rasulullah saw. Di rumahnya ?”`Aisyah r.a. menjawab:”Beliau adalah seorang manusia biasa, beliau adalah seorang yang mencuci bajunya sendiri, memerah susu kambingnya sendiri, dan melayani dirinya sendiri.”
    (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Isma’il, dari’Abdullah bin Shalih, dari Mu’awiyah bin Shalih, dari Yahya bin Sa’id,yang bersumber dari `Amrah)
    TANGIS RASULULLAH SAW
      “Rasulullah saw. bersabda kepadaku:”Bacakan al Qur’an untukku!” “Wahai Rasulullah saw.! Mana mungkin aku membacakannya kepada Anda, bukankah ia diturunkan kepada Anda?”Beliau bersabda:”Sungguh aku ingin mendengarkannya dari selain daku.” Maka kubacakan surat an Nisa, sampai ayat: “Waji’na bika `ala ha ula-I syahida.” (Dan Kami mendatangkan kamu sebagai saksi atas mereka). (Q.S. 4 an- Nisa: 41). `Abdullah bin Mas’ud berkata :”Maka kulihat kedua mata Rasulullah saw. bercucuran air mata.”(Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan , dari Mua’wiyah bin Hisyam, dari Sufyan, dari al A’masy, dari Ibrahim, dari `Ubaid, yang bersumber dari `Abdullah bin Mas’ud r.a.)
      “Rasulullah saw. mencium `Utsman bin Madh’un* tatkala ia telah wafat. Dan ketika itu beliau menangis.” Atau (kata perawi ragu): “Kedua matanya berlinang air mata.”(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari `Abdurrahman bin Mahdi, dari Sufyan, dari Ashim bin `Ubaidilah*, dari Qasim bin Muhammad*, yang bersumber dari `Aisyah r.a.)
      • ‘Utsman bin Madh’un adalah saudara sesusu Rasulullah saw. Ia wafat dua setengah tahun setelah hijrah.
      • Ashim bin `Ubaidilah dadla’ifkan oleh Ibnu Ma’in, menurut keterangan Bukhari,periwayatannya munkar
      • Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar, merupakan salah seorang fukaha Madinah yang tujuh,dari generasi kedua dan periwayatnnya dikeluarkan oleh jama’ah.
      CARA TIDUR RASULULLAH SAW
        “Sesungguhnya Nabi saw. bila berbaring di tempat tidurnya, beliau letakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, seraya berdo’a:
        “Rabbi qini `adzabaka yauma tab’atsu `ibadaka.” (Ya Rabbi,peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).
        (Diriwayatkan oleh Muhammad bin al Matsani, dari `Abdurrahman bin Mahdi, dari Israil,dari Abi Ishaq, dari `Abdullah bin Yazid, yang bersumber dari al Bara bin `Azib r.a.)
        “Bila Rasulullah saw. berbaring di tempat tidurnya,maka beliau berdo’a :
        “Allahumma bismika amutu wa ahya’. (Ya Allah, dengan nama-Mu aku mati dan aku hidup).Dan bila Beliau bangun,maka Beliau membaca: “Alhamdulillahilla dzi ahyana ba’dama amatana wailaihin nusyur.” (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidupkan aku kembali setelah mematikan daku dan kepada-Nya tempat kembali).
        (Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan, dari `Abdurrazaq, dari Sufyan, dari `Abdul Malik bin `Umair, dari Ruba’I bin Hirasyi, yang bersumber dari Hudzaifah r.a.)
        “Sesungguhnya bila Nabi saw. istirahat dalam musafirnya di malam hari, Beliau berbaring ke sebelah kanan. Dan bila Beliau istirahat pada musafirnya menjelang subuh, maka Beliau tegakkan lengannya dan diletakkannya kepalanya diatas tangannya.”(Diriwayatkan oleh alHusein bin Muhammad al Hariri, dari Sulaiman bin Harb,dari Hammad bin Salamah dari Humaid, dari Bakr bin `Abdullah al Mazini, dari `Abdullah bin Rabbah, yang bersumber dari Abi Qatadah r.a.)
        KEHIDUPAN RASULULLAH SAW
        “Kami berada di samping abu Hurairah r.a. sedang ia memakai dua lembar kain kattan* yang dicelup bahan Lumpur merah. Lalu ia membuang ingusnya pada salah satu dari dua kainnya itu. Ia berkata : “Bakh, Bakh*”. Abu Hurairah membuang ingusnya pada kain kattan itu. Selanjutnya ia bercerita :”Sungguh,aku teringat kembali ketika aku tersungkur diantara mimbar Rasulullah saw.
        dengan kamar `Aisyah r.a. karena pingsan. Tiba-tiba datang seorang laki-laki lantas ia letakkan kakinya di atas leherku. Ia mengira aku dalam keadaan gila.Sebenarnya aku tidak gila,tapi kejadian itu hanyalah kelaparan.”(Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari Hammad bin Zaid, dari Ayyub, yang bersumber dari Muhammad bin Sirin*)
        • Kain Kattan ialah kain yang terbuat dari serat kayu. Atau kain yang dibuat dengan cara kasar,biasanya disebut kain rami.
        • bakh, bakh ialah kalimat yang sering digunakan oleh orang Arab untuk menyatakan rasa kagum, atau rasa senang, atau tidak menyenangi sesuatu. Pada hadist ini, kalimat bakh,bakh berarti suatu isyarat terhadap pernyataan kurang senang, atau keadaan yang menyedihkan.
        • Muhammad bin Sirin al Bashri adalah maula (budak yang dibebaskan) Anas bin Malik r.a.
        “Rasulullah saw. tidak pernah kenyang makan roti, dan tiada pula dengan daging, kecuali dalam keadaan dlaffaf.”(Diriwayatkan oleh Qutaibah, dari Ja’far bin Sulaiman ad Dluba’I, yang bersumber dari Malik bin Dinar r.a.)
        Malik bin Dinar selanjutnya berkata: “Aku bertanya kepada seorang laki-laki dari pedusunan: “Apa yang dimaksud dengan dlaffaf?” Ia menjawab: “Makan bersama orang banyak.” “Sesungguhnya kami, keluarga Muhammad saw.
        pernah selama sebulan tidak menyalakan api (tidak menanak apapun) kecuali korma dan air.”(Diriwayatkan oleh Harun bin Ishaq,dari Ubadah, dari Hisyam bin `Urwah, dari ayahnya yang bersumber dari `Aisyah r.a.)
        “Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya aku dijadikan takut oleh Allah dan tiada seorangpun yang diberi rasa takut sebagaimana aku. Sungguh, aku telah ditimpa cobaan di jalan Allah, dan tiada seorangpun yang mendapat cobaan sebagaimana aku.Sungguh merupakan pengalaman bagiku, yaitu selama tiga puluh hari tiga puluh malam, aku dan bilal tidak mendapatkan makanan yang pantas dimakan orang yang mempunyai rongga perut. Waktu itu hanya ada sedikit makanan yang disembunyikan pada ketiak bilal.”(Diriwayatkan oleh `Abdullah bin `Abdurrahman, dari Rauh bin Aslam Abu Hatim al Bashri,dari Hammad bin Salamah, dari Tsabit, yang bersumber dari Anas r.a.)
        NAMA-NAMA RASULULLAH SAW
          Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya bagiku ada beberapa nama, Yaitu:
          Aku Muhammad, aku Ahmad dan aku al Mahi, maksudnya: dengan jalan aku,Allah membasmi kekafiran.Aku juga digelari al Hasyir,yang maksudnya: umat manusia dihimpun di belakangku.
          Akupun digelari al `Aqib (penerus para Nabi)”al Aqib adalah yang tiada diiringi di belakangnya oleh hadirnya seorang Nabi.”(Diriwayatkan oleh Sa’id bin `Abdurrahman al Makhzumi dan lainnya, dari Sufyan, dari az
          Zuhri, dari Muhammad bin Jabir bin Muth’im bin `Adi*, yang bersumber dari bapaknya)
          • Muth’im bin `Adi adalah pembesar kota Mekkah.”Aku bertemu dengan Nabi saw. pada suatu jalan di Madinah. Ia bersabda: “Aku Muhammad, aku Ahmad, aku Nabiyur-Rahmah( Nabin pembawa Rahmat) dan
          aku Nabiyut-Thaubah (Nabi pengajar taubah). Aku al Muqaffi (yang datang mengikuti jejak para Nabi). Aku al Hasyir dan Nabiyul Malahim (Nabi yang mengalami beberapa peperangan). “(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Tharif al Kufi, dari Abu Bakar bin `Iyyasy*, dari `Ashim,
          dari Abi Wa’il, yang bersumber dari Hudzaifah r.a.)
          • Abbu Bakar bin `Iyyasy, nama sebenarnya diperselisihkan. Ada yang mengatakan Muhammad, ada yang mengatakan `Abdullah, atau Salim, atau Syu’bah. Namun kesemuanya juga Tsiqat.
          BEKAM RASULULLAH SAW
            “Rasulullah saw. berbekam, yang membekamnya adalah Abu Thaibah, maka beliau memerintahkan untuk memberinya dua sha’* makanan. Rasulullah saw.
            berbicara kepada tuannya (tuan tukang bekam), lalu mereka mengugurkan kharajnya*.” Rasulullah saw. bersabda :”Sesungguhnya cara pengobatan kalian yang paling afdhal ialah berbekam.” Atau (perawi ragu) :”Sesungguhnya cara pengobatan kalian yang utama adalah berbekam.”(Diriwayatkan oleh `Ali bin Hujr, dari Isma’il bin Ja’far, dari Humaid, yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)
            KEPEKAAN RASULULLAH SAW
              “Nabi saw. sangat peka melebihi anak dara pada pingitannya. Apabila beliau tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari perubahan air mukanya.”(Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan, dari Abu Daud, dari Syu’bah, dari Qatadah, dari `Abdullah bin Abi `Utbah, yang bersumber dari Abu Sa’id al Khudri r.a.)
              `Aisyah berkata :”Aku tidak pernah memandang kemaluan Rasulullah saw.” Atau ia berkata :”Sekali-kali aku tidak pernah melihat kemaluan Rasulullah saw.”(Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan, dari Waki’, dari Sufyan, dari Manshur, dari Musa bin `Abdullah bin Yazid al Khathimi, dari Maula `Aisyah, yang bersumber dari `Aisyah r.a.)
              • Abu Thaibah adalah nama panggilan bagi Nafi’, ia adalah budak Bani Haritsah atau budak kepunyaan Abu Mas’ud al Anshari.
              • Sha’(gantang) adlah takaran. Satu Sha’sama dengan empat mud, sedangkan satu mud sama dengan tujuh ons.
              • Kharaj ialah suatu kesepakatan antara tuan dengan budak untuk membayar kepada tuannya sejumlah uang, sewaktu budak tidak bekerja pada tuannya.Dalam peristiwa ini Abu Thaibah seharusnya membayar tiga Sha’, tapi karena ia telah membayar dua Sha’, hasil membekam Rasulullah saw. Maka yang satu Sha’lagi digugurkan oleh tuannya setelah Rasulullah saw. berbicara dengan tuannya.
              “Nabi saw. berbekam dan memerintahkan kepadaku (untuk membayar), maka kuberikan pada tukang bekam upahnya.”(Diriwayatkan oleh `Amr bin `Ali, dari Abu Daud, dari Waraqa’ bin `Umar, dari `Abdil A’la,
              dari Abi Jamilah, yang bersumber dari `Ali k.w.)”Rasulullah saw. pernah berbekam pada dua urat leher dan tengkuk.Beliau
              berbekam pada tanggal 17,19, dan 21.”(Diriwayatkan oleh `Abdul Quddus bin Muhammad al `Athar al Bashri, dari `Amr bin Ashim, dari Hamman,dan diriwayatkan pula oleh Jarir bin Hazm,keduanya menerimanya dari Qatadah, yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)
              “Rasulullah saw. bersabda :”Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,tentulah tindakannya itu jadi penyembuh bagi setiap penyakit.”
              (Riwayat Abu Daud)

              Thursday, 15 March 2012

              Orang2 yg Awal menerima Islam



              Orang-orang Yang Pertama Kali Masuk Islam di Muka Bumi ini

              Yang pertama kali menyambut dakwah Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam adalah istrinya, yaitu Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid.


              Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid

              Ia seorang wanita yang hanif (condong kepada Al-Haq) dan yang tidak terbawa fitnah jahiliyah. Maka dengannya, Allah meringankan beban Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Apabila beliau mendengarkan sesuatu yang tidak ia sukai atau bantahan manusia terhadapnya, atau tuduhan-tuduhan mereka terhadapnya yang menjadikan beliau bersedih, semuanya itu akan hilang ketika beliau pulang ke rumah menemui istrinya. Allah Subhanahu wa Ta’ala pun mempersiapkan untuknya rumah dari mutiara di Surga, sebagaimana yang diriwayatkan dari Aisyah radhiallahu anha.

              “… Beliau telah diperintahkan untuk memberi khabar gembira kepadanya dengan rumah dari mutiara di Surga.” (HR. Muslim)

               

              Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu

              Setelah itu, yang masuk Islam dari keluarga beliau adalah Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu yang ketika itu masih berumur 10 tahun.

              Beliau (Ali) adalah anak paman Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam yang dipelihara oleh beliau di rumahnya. Ali dididik dan dibesarkan di Madrasah Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam.

              Mengapa Ali berada di bawah didikan/peliharaan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam? Kisahnya adalah sebagai berikut:

              Diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam bahwa Quraisy ketika itu ditimpa musibah kelaparan, sedangkan Abu Thalib memiliki keluarga yang besar (banyak). Maka berkatalah Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam kepada Al-Abbas bin Abdil Muthalib, turunan Bani Hasyim yang paling berkecukupan: “Wahai Abbas, sesungguhnya saudaramu Abu Thalib banyak keluarganya, sedang manusia sedang ditimpa (musibah) sebagaimana kamu ketahui. Maka berangkatlah bersama kami kepadanya untuk meringankan (beban) dari keluarganya! Saya mengambil seorang anaknya dan engkau mengambil seorang.” Maka Abbas berkata: “Baiklah.” Kemudian berangkatlah hingga keduanya mendatangi Abu Thalib, dan berkata: “Kami ingin meringankan kamu dari keluargamu hingga lepas dari manusia apa yang menimpa mereka.” Abu Thalib pun berkata: “Kalau engkau berdua meninggalkan Aqil untukku, silahkan kalian perbuat apa yang kalian maukan.” Maka Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam mengambil Ali dan dipeliharanya, sedangkan Abbas mengambil Ja’far kemudian dipeliharanya. (lihat Sirah Ibnu Hisyam 1/245 atau ringkasannya oleh Abdus Salam Harun hal. 55)

              Ali bin Abi Thalib pun tinggal di rumah beliau shallallahu alaihi wa sallam sampai datangnya Islam dan Ali sebagai remaja yang pertama masuk Islam, shalat bersama beliau shallallahu alaihi wa sallam.

              Ibnu Hisyam melanjutkan kisah di atas sebagai berikut: “Disebutkan oleh para ulama bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam jika masuk waktu shalat berangkat ke Bukit-Bukit Makkah. Ali bin Abi Thalib ikut bersamanya dengan sembunyi-sembunyi dari Ayahnya (Abu Thalib), paman-pamannya dan seluruh kaumnya. Kemudian keduanya mengerjakan shalat dan ketika petang keduanya pulang. Mereka tetap seperti ini sesuai dengan kehendak Allah. Ketika Abu Thalib mendapati keduanya shalat pada suatu hari, maka berkatalah dia kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam: “Wahai anak saudaraku, agama apa yang aku lihat kamu berpegang dengannya?” Beliau menjawab: “Wahai pamanku, ini adalah agama Allah, para malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya dan agama bapak kita Ibrahim alaihi salam. Allah mengutus aku sebagai Rasul-Nya membawa Dien ini kepada para hamba. Dan engkau wahai pamanku, yang paling berhak untuk aku beri nasehat dan aku ajak kepada petunjuk (hidayah). Engkaulah yang paling wajib untuk mengikutiku dan menolongku atas dakwah ini.” Abu Thalib berkata: “Wahai anak saudaraku, aku tidak bisa meninggalkan agama nenek moyangku dan adat yang mereka ada di atasnya. Tetapi, demi Allah! Tidak akan kubiarkan sesuatu yang tidak kau sukai mengenai/menimpa kamu selama aku hidup! (Sirah Ibnu Hisyam 1/245)

              Demikianlah, walaupun paman beliau shallallahu alaihi wa sallam tidak mengikuti dakwahnya, tapi dia bersumpah untuk melindunginya. Inilah kehendak Allah dan tidak ada seorangpun yang dapat menghalangi kehendak-Nya.

               

              Zaid bin Haritsah radhiallahu anhu

              Berikutnya, di antara keluarga beliau yang masuk Islam adalah anak angkatnya Zaid bin Haritsah. Dia asalnya budak milik Khadijah radhiallahu anha, istri Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Ketika Rasulullah melihatnya dan memintanya, maka Khadijah memberikannya. Setelah itu, Rasulullah memerdekakannya dan mengangkatnya sebagai anak. Zaid sangat bahagia dan cinta kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, bahkan mengalahkan cintanya kepada orang tuanya dan pamannya.

              Dikisahkan dalam Mukhtashar Sirah Muhammad bin Abdil Wahhab: Bahwa ayah Zaid yaitu Haritsah dan pamannya datang kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam untuk menebusnya. Maka keduanya berkata kepada Nabi shallallahu alaihi wa sallam: “Wahai anak pemimpin kaum. Kalian adalah penduduk tempat suci (Baitullah) dan tetangganya. Kalian melepaskan orang yang kesusahan dan memberi makan tawanan. Kami datang kepadamu untuk anakku, yaitu budakmu. Maka berbuat baiklah engkau kepada kami dalam tebusannya.” Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam pun berkata: “Maukah kalian selain itu?” Mereka berkata: “Apakah itu?” Beliau bersabda: “Aku panggil dia dan aku beri dia pilihan. Kalau dia memilih kalian maka dia untuk kalian dan kalau dia memilihku, maka sungguh demi Allah, aku tidak memilih atas orang yang telah memilihku (yakni tidak bisa memaksa selain itu).” Maka berkata mereka: “Engkau telah berbuat lebih dari sekedar adil, dan telah berbuat baik.” Maka dipanggillah Zaid kemudian beliau berkata: “Tahukah engkau siapa mereka?” Dia menjawab: “Ya, dia adalah ayahku dan pamanku.” Beliau berkata: “Sedangkan aku orang yang sudah kau ketahui dan telah kau lihat bagaimana persahabatanku padamu, maka apakah engkau memilihku atau memilih mereka?” Berkata Zaid: “Aku tidak memilih siapapun di atasmu. Engkau menduduki kedudukan ayah dan pamanku.”

              Maka ayah Zaid dan pamannya berkata: “Celaka engkau wahai Zaid! Apakah engkau memilih perbudakan daripada kemerdekaan? Dan (memilih orang lain) daripada ayah dan pamanmu serta keluargamu?” Dia berkata: “Ya…! ya, aku melihat pada orang ini ada sesuatu. Aku tidak akan memilih di atas yang aku sudah pilih seorangpun selamanya” (Padahal kejadian ini sebelum beliau diangkat sebagai Nabi, pen). Melihat kejadian ini Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam keluar ke Hijir (dekat Ka’bah) dan berkata: “Aku persaksikan bahwa Zaid adalah anakku, aku mewariskan kepadanya dan dia mewarisiku!” Ketika melihat demikian, tenanglah jiwa ayah dan pamannya, kemudian keduanya pergi. Maka (sejak itu) dia dipanggil Zaid bin Muhammad sampai datangnya Islam dan Allah menurunkan ayat:

              “Panggillah mereka dengan ayah-ayah mereka, itu lebih adil di sisi Allah.” (Al-Ahzab: 5)

              Az-Zuhri berkata: “Aku tidak mengetahui seorangpun masuk Islam sebelum Zaid.” (Mukhtashar Sirah Muhammad bin Abdul Wahab hal. 57-58)

               

              Abu Bakar Ash-Shiddiq radhiallahu anhu

              Selanjutnya, yang pertama masuk Islam dari kalangan laki-laki (dewasa) adalah Abu Bakar bin Abi Quhafah. Nama beliau adalah ‘Atieq dan nama ayahnya adalah Utsman dari Bani Taim bin Murrah Al-Quraisy. Beliau sebelumnya adalah shahabat dekat Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, mengenali Nabi dan sifat-sifatnya yang terpuji. Tidak pernah Abu Bakar mendapati beliau berdusta sama sekali. Maka ketika Rasulullah mengabarkan tentang kerasulannya, dia segera menyambutnya tanpa ragu sedikitpun dan berkata: “Ayah ibuku sebagai jaminan sungguh engkau pemilik kejujuran. Aku bersaksi tidak ada sesembahan kecuali Allah dan engkau adalah Rasulullah.” (Nurul Yaqin Muhammad Hudhari Bik hal. 28)

              Setelah masuk Islam, Abu Bakar Ash-Shiddiq radhiallahu anhu menampakkan keislamannya dan berdakwah mengajak ke jalan Allah dan Rasul-Nya. Beliau adalah orang yang disukai di kaumnya, yang pandai bergaul dan dicintai oleh mereka. Beliau memiliki nasab (keturunan) yang mulia di Quraisy dan yang paling mengerti tentang Quraisy, baik dan buruknya. Dia seorang pedagang yang kaya dan memiliki akhlak yang dikenal baik. Orang-orang dari kaumnya berdatangan kepadanya untuk berbagai permasalahan, karena ilmu dan perdagangannya, dan juga karena baik pergaulannya.

              Kemudian mulailah dia berdakwah mendukung Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dengan hartanya dan jiwanya hingga Rasulullah mengatakan di akhir hayatnya:

              “Sesungguhnya manusia yang paling banyak memberikan jasa kepadaku dalam persahabatan dan hartanya adalah Abu Bakar. Seandainya aku (boleh) mengambil khalil (kekasih) selain Rabbku niscaya aku akan menjadikan Abu Bakar (sebagai khalil), tetapi persaudaraan Islam dan kasih sayangnya. Tidak akan tersisa satu pintu pun di masjid kecuali tertutup, melainkan pintu Abu Bakar.” (HR. Bukhari, Fathul Bari 7/359 hadits 3604)

              Ibnu Katsir rahimahullah menyatakan bahwa Abu Bakar adalah orang yang pertama masuk Islam dengan mengambil istinbath dengan hadits:

              “Sesungguhnya Allah mengutusku kepada kalian. Maka kalian berkata (kepadaku): “Engkau dusta!” tapi Abu Bakar mengatakan: “Engkau benar!” Dan ia mendukungku dengan jiwa dan hartanya.” (HR. Bukhari, Fathul Bari 7/366. Lihat Sirah Shahihah 1/134 karya D. Akram Dhiaul Umari)

               

              Utsman bin Affan radhiallahu anhu

              Orang-orang yang masuk Islam melalui dakwah Abu Bakar adalah: Utsman bin Affan bin Abil Ash dari Bani Umayah Al-Qurasyi yang kemudian dijuluki Dzun nurain (yang memiliki dua cahaya) karena pernikahannya dengan dua anak perempuan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Yang pertama beliau menikahi Ruqayyah radhiallahu anha tetapi kemudian meninggal dunia. Setelah itu beliau menikah dengan saudaranya yaitu Umi Kultsum radhiallahu anha.

              Ketika pamannya Al-Hakim mengetahui keislamannya, beliau diikat tangannya dan dikatakan kepadanya: “Apakah kamu benci agama nenek moyangmu dan lebih menyukai agama yang baru? Demi Allah, aku tidak akan melepaskan kamu sampai kamu melepaskan apa yang kamu pegang.” Maka Utsman radhiallahu anhu berkata kepadanya: “Demi Allah, aku tidak akan melepaskan dan memisahkan diri darinya!” Ketika Al-Hakim melihat kekuatan hatinya dalam memegang al-haq, maka dia membiarkannya (membebaskannya). Ini semua ketika beliau waktu itu berumur kira-kira tiga puluh tahun. (Nurul Yakin hal 28)

               

              Zubair bin Awwam bin Khuwailid radhiallahu anhu

              Setelah Utsman, di antara yang masuk Islam melalui dakwah Abu Bakar adalah Zubair bin Awwam bin Khuwailid dari Bani Asad Al-Quraisy, dan ibunya Shafiyyah binti Abdil Muthalib. Ketika paman beliau mendengar keislamannya, dia menyodorkan asap (mendekatkan api) kepadanya sedangkan dia dalam keadaan terikat, agar kembali kepada agama bapak-bapaknya. Tetapi Allah kuatkan dan Allah mantapkan (dalam keislaman). Beliau waktu itu belum melewati umur baligh.

              Diriwayatkan oleh Thabrani dalam Mu’jamul Kabir (239) dari riwayat Hisyam bin Urwah, dia berkata: “Zubair masuk Islam ketika berumur 16 tahun dan tidak pernah takhalluf (absen) dalam berbagai peperangan bersama Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam sampai beliau terbunuh dalam umur empat puluh sekian tahun.” (Berkata Al-Haitsami: riwayat ini mursal shahih, lihat Ta’liq Nurul Yakin hal 28)

               

              Abdurrahman bin Auf radhiallahu anhu

              Abdurrahman bin Auf dari Bani Zuhrah Al-Quraisy adalah yang berikutnya masuk Islam. Diriwayatkan oleh Thabrani dalam Mu’jamul Kabir 253 dari Ibnu Sirin bahwa Abdurrahman bin Auf di zaman jahiliyah namanya adalah Abdul Ka’bah. Maka Rasulullah memberinya nama Abdurrahman. (sanadnya shahih, lihat Ta’liq Nurul Yakin hal 29) Beliau adalah salah seorang dari 10 orang yang diberi berita gembira dengan surga.

              Setelah Abdurrahman bin Auf, disusul oleh Sa’ad bin Abi Waqqash dari Bani Zuhrah Al-Qurasyi yang masuk Islam dengan perantaraan dakwah Abu Bakar Ash-Shiddiq. Dalam riwayat Muslim dan Tirmidzi disebutkan bahwa Hamunah binti Abi Sufyan, ibunya Sa’ad, ketika mengetahui keislaman anaknya, dia berkata: “Wahai Sa’ad, sampai kepadaku (berita) bahwa engkau sudah keluar dari agama bapak-bapakmu. Demi Allah! Atap tidak akan menaungiku dari panas dan dingin, makanan dan minuman haram bagiku, sampai engkau kafir kepada Muhammad!” Maka tetaplah ibunya dalam keadaan demikian selama tiga hari. Sa’ad pun kemudian datang kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam mengadukan perihal ibunya. Maka turunlah firman Allah Ta’ala sebagai pelajaran kepadanya:

              “Kami wasiatkan kepada manusia untuk berbakti pada kedua orang tuanya. Dan jika keduanya mengajak engkau untuk menyekutukan Aku, apa-apa yang tidak ada ilmu padamu, maka jangan taati keduanya. Kepada-Ku-lah kamu kembali, kemudian Aku beritakan padamu apa-apa yang telah kamu kerjakan.” (Al-Ankabut: 8)

              Dalam kitab Nurul Yaqin disebutkan bahwa Allah mewasiatkan beliau untuk berbakti pada kedua orang tuanya baik mukmin maupun kafir. Adapun jika keduanya mengajak kepada kesyirikan, maka ini jelas merupakan kemaksiatan kepada Allah. Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Khaliq (pencipta). (lihat Nurul Yaqin hal. 29)

               

              Thalhah bin Ubaidillah radhiallahu anhu

              Orang berikutnya yang mendapat dakwah Abu Bakar ialah Thalhah bin Ubaidillah dari Bani Taim bin Murrah Al-Quraisy. Beliau sebelumnya sudah mendengar tentang Rasul yang akan datang dan sifat-sifatnya dari pendeta-pendeta Yahudi. Maka ketika Abu Bakar mengajaknya, kemudian mendengar dari Rasul shallallahu alaihi wa sallam sesuatu yang memberikan manfaat kepadanya, juga karena dia melihat Dien ini mantap dan jauh dari kejelekan-kejelekan (cacat-cacat) yang biasa ada pada orang Arab, maka dia segera menyambutnya untuk masuk Islam. (HR. Ibnu Sa’ad dalam Thabaqat 3/215 dan Baihaqi 2/185. Tapi riwayatnya dhaif) Beliau juga termasuk sepuluh orang yang diberi khabar gembira dengan jannah (surga).

               

              Bilal bin Abi Rabah radhiallahu anhu, Ammar bin Yasir, Zaid bin Haritsah,Khabab bin Arat, Suhai bin Ar-Rumi radhiallahu anhuma

              Kemudian generasi pertama dari kalangan budak (mawali) adalah: Bilal bin Abi Rabah radhiallahu anhu, seorang budak dari Habsi milik Umayyah bin Khalaf. Yang kemudian dibeli oleh Abu Bakar dan dimerdekakan. Selanjutnya beliau ditunjuk sebagai muadzin Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Disusul kemudian oleh Khabab bin Arat keluarga Yasir, Suhai bin Ar-Rumi radhiallahu anhuma dan lain-lain. Dinukil dalam Sirah Shahihah: bahwa telah tsabit (shahih) riwayat bahwa Ammar bin Yasir masuk Islam di awal pertama munculnya Islam. Beliau menceritakan tentang dirinya dengan berkata: “Aku melihat Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dan tidaklah bersamanya (pengikutnya) kecuali lima orang budak, dua orang wanita dan Abu Bakar.” (HR Bukhari). Berkata Ibnu Hajar: “Adapun lima orang budak. Mereka adalah Bilal, Zaid bin Haritsah, Amir bin Fuhairah, Abu Fakihah dan yang kelima bisa jadi Syaqran. Adapun dua orang wanita adalah Khadijah dan Ummu Aiman atau Sumayyah.” (Fathul Bari 7/373-374, Sirah Shahihah hal. 137)

               

              Abdullah bin Mas’ud radhiallahu anhu

              Abdullah bin Mas’ud radhiallahu anhu juga termasuk generasi pertama pemeluk Islam. Beliau menceritakan kisah Islamnya sebagai berikut: “Waktu itu aku seorang remaja tanggung yang menggembalakan kambing milik Uqbah bin Abi Mu’ith di Makkah. Ketika itu datanglah Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dan Abu Bakar kepadaku. Keduanya telah lari dari musyrikin, maka dia berkata: ‘Wahai ghulam (anak) apakah engkau memiliki susu untuk kami?’ Aku mengatakan: ‘Saya seorang yang diberi amanat. Aku tidak bisa memberi kamu berdua minum (susu).’ Keduanya berkata: ‘Apakah memiliki kambing betina yang muda, yang belum dikawini jantan?’ Aku katakan: ‘Ya.’ Kemudian aku bawa kepadanya. Maka Abu Bakar mengikatnya dan Rasulullah memegang susunya dan berdoa. Kemudian berkumpullah (membesarlah) susunya. Abu Bakar segera datang dengan membawa batu yang berlubang (sebagai gelas, pent). Maka mulailah beliau memerasnya dan meminumnya. Beliau, Abu Bakar dan kemudian keduanya memberiku. Setelah itu beliau berkata: ‘berkerutlah!’ Maka berkerutlah (susu tersebut). 

              Setelah kejadian itu aku mendatangi Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam aku mengatakan: ‘Ajarilah aku ucapan-ucapan yang baik itu (yang dimaksud adalah Al-Qur`an).’ Maka Rasulullah bersabda: ‘Sungguh engkau anak yang berpendidikan.’ Maka aku mengambil dari mulutnya tujuh puluh surat. Tidak ada seorang pun yang membantah aku padanya.” (HR. Ahmad, Ibnu Abi Syaibah, dengan sanad hasan, Sirah Shahihah hal 137). Riwayat Al-Waqidi menyebutkan bahwa Abdullah bin Mas’ud masuk Islam sebelum Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam masuk ke rumah Arqam (Thabaqat Ibnu Sa’ad 1/151, juga lihat Sirah Shahihah halaman yang sama).

               

              Amru bin Absah As-Sulami radhiallahu anhu

              Berikutnya yang termasuk generasi pertama adalah Amru bin Absah As-Sulami radhiallahu anhu. Beliau menceritakan tentang keislamannya sebagai berikut: “Waktu itu di zaman jahiliyyah, orang sudah mengira bahwa manusia dalam keadaan sesat dan bahwasanya mereka tidak berada di atas agama apapun dan mereka dalam keadaan menyembah berhala. Kemudian aku mendengar seseorang di Makkah membawa berita-berita. Maka duduklah aku di atas kendaraanku, dan berangkatlah aku di sana. Ternyata dia adalah Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dalam keadaan sembunyi dari kejaran kaumnya. Maka aku berpura-pura sampai aku masuk kepadanya dan berkata: “Siapa engkau?” Beliau menjawab: “Aku Nabi.” Aku mengatakan: “Apakah Nabi itu?” Beliau berkata: “Allah mengutusku.” Saya katakan: “Dengan apa Allah mengutusmu?” Beliau berkata: “Aku diutus untuk menyambung silaturahmi, menghancurkan berhala dan agar mengesakan Allah dan tidak disekutukan.” Saya berkata: “Siapa yang bersamamu (yang mengikuti, pent.) dalam masalah ini.” Beliau berkata: “Orang merdeka dan budak.” Dia (Amru) bermaksud berkata: “Yang bersamanya pada waktu itu dari orang-orang beriman adalah Abu Bakar dan Bilal.” Aku katakan padanya: “Sesungguhnya aku mengikutimu.” Beliau berkata: “Sungguh engkau tidak akan bisa pada saat sekarang ini. Tidakkah engkau melihat keadaanku saat sekarang ini. Tidakkah engkau melihat keadaanku dan keadaan manusia? Kembalilah engkau ke keluargamu, (nanti) jika engkau mendengar tentang aku dan aku sudah menonjol (dhahir) datanglah engkau kepadaku.” Dan Amru berkata: “Maka berangkatlah aku kembali ke keluargaku. Sampai ketika Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam datang ke Madinah dan aku di keluargaku. Mulailah aku mencari-cari berita. Bertanya pada orang-orang yang datang dari Madinah sampai datanglah kepadaku beberapa orang dari penduduk Yatsrib (penduduk Madinah). Maka saya tanyakan pada mereka: “Apa yang dilakukan oleh orang yang datang ke Madinah?” Mereka berkata: “Manusia bersegera kepadanya sedang kaumnya ingin membunuhnya, tapi mereka tidak mampu.” Maka berangkatlah aku ke Madinah dan masuklah aku kepadanya.” (HR. Muslim 1/596, lihat Sirah Shahihah hal. 139)

               

              Abu Dzar Al-Ghifari radhiallahu anhu

              Termasuk juga generasi pertama yang masuk Islam adalah Abu Dzar Al-Ghifari. Dia adalah seorang dari Arab gunung (Badui) yang manis tutur katanya dan fasih (demikianlah keistimewaan orang-orang Badui dalam segi bahasa mereka sangat fasih, pen).

              Ketika dia mendengar diutusnya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, dia menyuruh saudaranya: “Naikilah kendaraanmu ke lembah ini dan beritahu aku tentang berita orang yang mengaku nabi dan datang kepadanya berita dari langit! Dengarlah ucapannya, dan bawalah kemari.” Maka berangkatlah ia sampai datang ke Makkah. Di sana ia mendengar ucapan Rasul shallallahu alaihi wa sallam, kemudian kembali kepada Abu Dzar dan berkata: “Aku melihat dia menyuruh agar kita berakhlak yang mulia dan dia mengucapkan ucapan yang bukan sya’ir.”

              Abu Dzar berkata: “Engkau tidak mencukupi apa yang aku inginkan.” Kemudian dia mempersiapkan bekalnya, membawa tempat airnya dan berangkatlah beliau ke Makkah. Beliau mendatangi masjid dan mencari-cari Nabi shallallahu alaihi wa sallam (dalam keadaan tidak mengenalinya). Tapi dia tidak suka untuk bertanya tentangnya, karena dia mengetahui kebencian Quraisy kepada setiap orang yang berhubungan dengan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam.

              Ketika datang waktu malam, Ali radhiallahu anhu melihat dia. Maka tahulah Ali radhiallahu anhu bahwa dia orang asing. Diajaknya dia sebagai tamunya di rumahnya. Ali tidak bertanya tentang sesuatu (tujuan atau keperluan) satu sama lain sesuai dengan kaidah dalam menghormati tamu di kalangan Arab, yaitu tidak bertanya tentang tujuan dan maksud kedatangannya, kecuali setelah tiga hari.

              Pada pagi harinya, kembali dia membawa tempat air dan bekalnya ke masjid sampai habis hari itu dan dia belum melihat Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Maka ketika petang hari, dia kembali ke pembaringannya di masjid. Kemudian Ali melewatinya dan berkata: “Bukankah sudah waktunya seorang untuk mengetahui rumah yang kemarin dia diterima sebagai tamunya?” Maka dibangunkannya kemudian pergi bersamanya, juga tak saling bertanya satu sama lainnya. Pada hari yang ketiga, kembali dia seperti tadi, maka Ali berkata kepadanya: “Tidaklah engkau mau mengabarkan kepadaku apa yang menyebabkan engkau datang kemari?” Dia berkata: “Kalau engkau mau memberikan janji kepadaku mau menunjukkan aku, akan kerjakan (menjawab).” Maka Ali memberikan janjinya dan dia mengabarkan. Ali berkata: “Sesungguhnya itu adalah haq. Dia adalah utusan Allah. Jika pagi hari nanti, ikutilah aku. Kalau aku melihat sesuatu yang aku khawatirkan atasmu aku berhenti, seakan-akan aku menuangkan air. Dan jika aku berjalan, ikutilah aku sampai engkau masuk ke tempat aku masuk.” Abu Dzar pun mengerjakan yang demikian. Dia berangkat mengikuti jejak Ali sampai masuk ke tempat Nabi shallallahu alaihi wa sallam dan mendengarkan ucapannya. Di situ beliau masuk Islam dan berkatalah Nabi shallallahu alaihi wa sallam: “Pulanglah engkau ke kaummu dan khabarkanlah kepada mereka (tentang aku) sampai datang perintahku.” Dia berkata (Abu Dzar): “Demi yang jiwaku ada di tangan-Nya, aku akan menyeru dengannya di tengah-tengah mereka (kaum Quraisy).” Dia segera keluar hingga mendatangi masjid berseru dengan sekeras suaranya: “Asyhadu anla ilaha Illallah, wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah!” Maka bangkitlah kaum Quraisy dan memukulinya hingga ia terbaring. Abbas pun datang memarahi mereka dan mengucapkan: “Celaka kalian! Tidakkah kalian tahu bahwa dia dari suku Ghifar? Jalan perdagangan kalian ke Syam melewati mereka.” Abbas segera menolongnya dan menyelamatkannya dari mereka. Tetapi kembali Abu Dzar mengulanginya pada keesokan harinya dan kembali mereka memukulinya sampai Abbas datang kembali. (HR. Bukhari dalam Manaqibul Anshar dan Muslim dalam Fadha`il Shahabah)

              Setelah itu, banyak dari para shahabat yang masuk Islam, sampai turunnya perintah dari Allah untuk menjahrkan dakwah (dakwah secara terang-terangan) dan (sampai) masuk Islamnya Umar bin Khattab dan Hamzah bin Abdul Muthalib. Dan masalah ini akan kita bahas pada edisi mendatang. Insya Allah.

               

              Maraji’:

              1. Sirah Ibnu Hisyam

              2. Mukhtashar Sirah Ibnu Hisyam oleh Abdus Salam Harun

              3. Mukhtashar Sirah oleh Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab

              4. Nurul Yaqin oleh Muhammad Hudhari Bik

              5. Sirah Shahihah oleh D. Akram Dhiaul Umari